Pengenalan kepada Microsoft Word
21 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 20 Oktober 2017 telah diadakan pembelajaran ICT yang bertajuk Pengenalan kepada Microsoft Word bagi warga emas. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Alhamdulillah kelas ICT makin mendapat sambutan dalam kalangan warga emas di sini.
Pembelajaran dimulakan dengan penerangan mengenai kegunaan microsoft word. Kemudian cara-cara untuk membuka aplikasi microsoft word pada komputer. Pada peringkat permulaan, pembelajaran adalah asas menaip dan penggunaan keyboard dan tetikus. Peserta belajar menaip serta cara-cara menukar tulisan dan saiz tulisan. PI Pasoh 2 sangat teruja dengan semangat warga emas yang berminat dan sudi datang ke PI untuk menimba ilmu ICT. Mudah-mudahan pada masa akan datang akan lebih ramai lagi yang akan datang belajar ICT. Ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kita terus belajar sehingga berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: